PROMOSI!!! JANA PENDAPATAN DENGAN AQURA2U

aqura2u.com

PROMOSI!!! JANA PENDAPATAN DENGAN AQURA2U

aqura2u.com

Wednesday, January 27, 2010

LELAKI SUKA PASAL PEREMPUAN

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

Tuesday, January 26, 2010

FORMULA KEJAYAAN

FORMULA-FORMULA KEJAYAAN
Suasana rumah yang sunyi dari gurau senda di dalamnya merupakan sebuah rumah yang mudah menangis.
  • Formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasulnya.
  • Formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketaqwaan.
  • Formula untuk mendapat syurga adalah tauhid.
  • Formula untuk mendapat iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhluk- Nya.
  • Formula untuk mendapatkan kebaikan adalah kejujuran.
  • Formula untuk mendapatkan hati  yang hidup adalah merenungkan al-Quran, berdoa pada waktu malam,dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Formula untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik.
  • Formula untuk mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah sabar.
  • Formula untuk mendapat kebahagiaan adalah taqwa.
  • Formula untuk mendapat bertambahnya (nikmat) adalah bersyukur.
  • Formula untuk mendapat perasaan rindu kepada akhirat adalah menjaga jarak (zuhud) dengan dunia.
  • Formula unutuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa.

Monday, January 25, 2010

Nasehat Syeikh Abdulkadir Al Jailani

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Saturday, January 23, 2010

MALU TAPI MAHU

Pernahkah anda terhalang di dalam menyampaikan hasrat hati kepada seseorang. Halangan tersebut mungkin disebabkan malu, takut, rasa rendah diri atau sebagainya. Akhirnya si dia yang anda sukai itu menjadi milik orang lain. Dan akhirnya anda hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah, selamat pengantin baru!

Namun, jika dikaji sejarah hidup Rasulullah, kita boleh mempelajari sesuatu untuk mengatasi masalah itu.

Siapa tidak kenal dengan Ummul Mukminin Saidatina Khadtijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah dan orang yang paling berjasa kepada agama Islam. Beliau mula jatuh hati dengan Rasulullah setelah mendengar khabar tentang keperibadian Rasulullah semasa mengendalikan perdagangan miliknya.

Ramai yang beranggapan bahawa Khadtijah telah meminang Rasulullah. Sebenarnya, proses peminangan Khadtijah dijalankan seperti biasa mengikut adat istiadat Arab. Hamzah dan Abu Thalib (bapa-bapa saudara Rasulullah) adalah individu yang bertanggungjawab di dalam proses peminangan Khadtijah. Khadtijah pula diwakili oleh bapa saudaranya Amr Bin Asad.

Apa yang boleh kita contohi ialah cara Khadtijah menyampaikan hasrat hati beliau kepada Rasulullah. Khadtijah menggunakan perantaraan sahabat baik beliau, Nufaisah Binti Munya untuk menyampaikan maksud. Kaedah ini lebih mulia kerana dirinya sudah tentu tidak akan berasa malu kalau-kalau nabi menolak usulnya.

Dalam proses itu Nurfaisah mulu-mula merahsiakan nama Khadtijah. Beliau hanya menggunakan kiasan-kiasan untuk melindungi identiti sahabatnya. Apabila Rasulullah mula menunjukan tanda-tanda minat, barulah Nurfaisah menyatakan secara terang bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah majikan Rasulullah sendiri. Apabila Rasulullah bersetuju, Nufaisah amat gembira dan berjanji akan membantu menguruskan semua hal dan tidak memberatkan Rasulullah.

Kemudian proses peminangan dan perkahwinan berlaku secara normal.

Kesimpulannya, cari seorang rakan yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah sekiranya anda berasa malu, segan, takut atau sebagainya di dalam menyampaikan hasrat hati.

Wallahu’alam.

Thursday, January 7, 2010

KERAJAAN SEKULAR TIDAK AKAN BERJAYA MENCEGAH MAKSIAT DENGAN SISTEM IDEOLOGI NYA

?ui=2&view=att&th=125aa1ecd236d813&attid=0.1&disp=attd&realattid=ii_125aa1ecd236d813&zw         Isu orang Islam meminum arak bukanlah sesuatu yang pelik dan asing dalam sistem sekular, termasuklah di Malaysia. Begitu juga jika didapati orang-orang Islam masuk ke tempat-tempat perjudian seperti TOTO dan Magnum, ia bukanlah perkara luar biasa dalam kamus sistem sekular. Cuma kadang-kadang, media massa memilih berita mengenai isu seperti ini demi populariti.
Sebagai seorang yang beriman, kita janganlah memandang isu orang Islam minum arak, sekadar sesuatu untuk dibaca semata-mata. Namun, ia haruslah dilihat dalam perspektif hukum syariat dalam memandangnya sebagai sebuah permasalahan yang serius.
Hukuman bagi orang yang meminum arak di dalam Islam adalah sebatan sebanyak 40 atau 80 kali, yang dilakukan oleh Khalifah tanpa menambah atau menguranginya. Membincangkan isu sebatan syariah di dalam sistem sekular adalah ibarat menyuruh kambing berkokok. Ini adalah kerana, sistem sekular akan senantiasa membatasi segala perlaksanaan syariah yang bertentangan dengan perlembagaan sekular. Bahkan, sebatan yang dianggap 'syarie' dalam Mahkamah Syariah (sebanyak 6 sebatan) adalah jelas bertentangan dengan syariah Islam itu sendiri.
Ramai yang memandang bahawa meminum arak itu adalah suatu perbuatan yang keji dan menjijikkan. Namun begitu, jarang sekali kita mendengar dari kalangan penguasa dan penguatkuasa undang-undang yang mengeji tempat-tempat maksiat yang dibiarkan terus beroperasi tanpa larangan. Bahkan, tempat-tempat maksiat ini berkembang pesat dengan banyaknya. Kekuasaan berganti tangan, di beberapa buah negeri setelah pilihanraya, namun masih belum kelihatan sebarang perubahan yang benar-benar memanifestasikan kemuliaan di sisi syariat Islam. Lambakan tempat-tempat maksiat dan program-program yang bersifat hedonisme tetap sahaja berterusan.
Hakikatnya, punca sebenar permasalahan ini adalah penerapan sistem thagut (sistem kufur) dalam kehidupan manusia. Segala tempat-tempat maksiat dibiarkan begitu sahaja kerana kewujudannya mendatangkan keuntungan ekonomi yang besar.Cukai terhadap kilang-kilang arak, tempat-tempat perjudian dan tempat-tempat hiburan dianggap perlu bagi 'pembangunan' negara.
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah jelas haram di sisi Islam. Tanpa penerapan Islam yang syumul, maksiat ini akan terus berleluasa. 

Wednesday, January 6, 2010

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

Tuesday, January 5, 2010

Peguam Syarie Menulis - Pelacuran

Pelacuran adalah antara profesion yang tertua didunia. Dengan tanpa kita sedari sendikit pelacuran ini telah melebar di negara kita ini dengan selarinya perkembangan spa-spa eksekutif, pusat pelacuran datau rumah-rumah urut yang menyediakan khidmat seks ini. Tempat-tempat ini menjadi kunjungan lelaki hidung belang bagi melampiaskan nafsu mereka dengan bayaran-bayaran tertentu mengikut tempoh masa tertentu.

Namun demikian kononnya atas dasar keselamatan serta bimbang dicekup di spa eksekutif atau pusat pelacuran atau rumah-rumah urut lelaki-lelaki kemaruk seks ini kini cenderung menjadikan rumah kediaman mereka sebagai pusat operasi untuk melampiaskan nafsu mereka. Golongan ini melanggan pelacur-pelacur ini dengan hanya membuat satu panggilan telefon menyewa lambakan ”Call girl” yang diiklankan samada menerusi laman wb atau email.

Dengan hanya satu panggilan telefon maka ”Call Girl” ini akan datang ke rumah pelanggan mereka dengan bayaran-bayaran tertentu mengikut masa-masa yang dikehendaki oleh pelanggan mereka.  Betapa mudahnya maksiat dihadapan kita.

Kebimbangan kita adalah sekiranya gejala sosial ini tidak dibendung akan menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak kepada generasi hari ini. Maksiat mudah sahaja didapati dengan hanya melayari internet serta menggunakan e-mail tawaran-tawaran seks seperti ini mudah didapati. Memetik kenyataan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , Mohamad Rais Rasid yang mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak memandang ringan terhadap perbuatan melanggan ”call girl” ini di rumah dan mengingatkan bahawa perbuatan ini tidak selama-lamanya terlepas daripada tindakan undang-undang. Jabatan itu dilaporkan memandang serius aktiviti golongan ini dan pada bila-bila masa bersedia untuk merngambil tindakan undang-undang.

Aktiviti-aktiviti ini sewajarnya dibendung dari terus berleluasa dan sebagai orang awam yang bencikan maksiat perbuatan ini haruslah dicegah. Pencegahan boleh diambil oleh jiran-jiran atau rakan-rakan serumah yang mengetahui mengenai kegitan itu yang berlaku dihadapan mereka. Mereka bolah menghubungi pihak berkuasa agama negeri masing-masing untuk tindakan penguatkuasaan. Tanpa aduan orang ramai aktiviti-aktiviti ini sukar dikesan kerana iannya berlaku di rumah berbeza dengan penguatkuasaan di spa-spa eksekutif, pusat-pusat pelacuran maupun di rumah-rumah urut.

Atas dasar menghidari perbuatan ini dari terus menerus berleluasa di kalangan kita maka kita haruslah peka  terhadap tindak tanduk jiran kita mahu  rakan-rakan serumah kita. Budaya tidak menjaga tepi kain orang haruslah dikikis bagi membendung gejala seperti ini, takkan kita hendak menutup mata apabila kita mengetahui rakan serta jiran kita terlibat dengan perkara sumabang sebegini.

Perbuatan-perbuatan ini selain salah disisi moral, adat serta budaya timur ianya secara jelas berlawanan dengan kehendak agama kerana ianya mengundang kepada perzinaan. Perzinaan adalah sesuatu yang jelas diharamkan oleh agama kita dan jelas ianya banyak mengundang  keburukan dari segi nasab serta ianya juga boleh mengundang kepada penyakit-penyakit berjangkit seperi siflis malahan lebih buruk kepada menularnya penyakit AIDS. Selain itu juga perbuatan perzinaan ini juga salah dari segi undang-undang di negara kita.

Bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti ini tidak kira samada golongan lelaki yang melanggan serta golongan wanita yang memberikan khidmat seks tersebut, perbuatan-perbuatan ini adalah menjadi suatu kesalahan jenayah syariah di negara kita ini. Kesalahan-kesalahan ini adalah melibatkan kesalahan moral dan individu yang melakukan kesalahan ini apabila tertangkap mereka boleh di dakwa atas tiga kesalahan mengikut enakmen jenayah syariah. Setiap kesalahan-kesalahan ini adalah mengikut kepada keadaan sesuatu kes tersebut. Seseorang yang ditangkap boleh didakwa pertamanya adalah atas kesalahan berkhalwat manakala keduanya adalah atas kesalahan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan ketiganya kesalahan persetubuhan luar nikah (haram).

Bagi kesalahan khalwat  sebagai contohnya merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, Seksyen 29 (1) (a) dan (b) memperuntukan bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yg bukan isteri atau mahramnya atau berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral adalah melakukan kesalahan di bawah khalwat ini. Apabila seseorang itu disabitkan atas kesalahan khalwat tadi hukumannya adalah  denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan khalwat ini boleh dikenakan terhadap orang yang ditangkap di dalam kedaaan mereka ini baru disyaki melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti bercium serta belum sampai kepada tahap melakukan persetubuhan atau percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi kesalahan keduanya pula apabila seseorang itu ditangkap di dalam keadaan mereka itu melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap melakukan persetubuhan luar nikah. Undang-undang telah memperuntukan bahawa mereka boleh ditangkap serta didakwa di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika disabit kesalahannya individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bagi kesalahan ketiganya pula apabila seseorang itu ditangkap di dalam keadaan mereka itu melakukan persetubuhan maka undang-undang telah memperuntukan bahawa mereka boleh ditangkap serta didakwa atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah (haram). Sebagai misalannya Seksyen 25 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memeruntukan bahawa mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yg bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan persetubuhan luar nikah. Sekiranya lelaki tersebut didapati bersalah dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Manakala bagi ”call girl” yang ditangkap pula atas kesalahan ini sekiranya ia beragama Islam maka call girl tersebut juga mengikut Seksyen 25 (2) Enakmen yang sama apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Undang-undang syariah negara kita sudah memadai untuk mendakwa individu-individu yang terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini. Sehinggakan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman sebatan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kesalahan persetubuhan haram ini tanpa mengira individu tersebut lelaki mahupun perempuan selain daripada hukuman denda serta penjara sebagai pengajaran.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam harus sensitif terhadap perkara yang berhubung dengan sebarang aktiviti yang melibatkan perzinaan ini .Ini adalah kerana isu seperti ini jelas bahawa mereka ini sengaja melibatkan diri kepada perzinaan. Selain itu juga sebagai umat Islam sewajarnya kita membendung sebarang bentuk aktiviti melibatkan perzinaan  ini yang semakin berleluasa dari hari kesehari dengan membiarkan orang Islam terlibat secara langsung dengan aktiviti perzinaan ini.
Bagi yang terlibat secara langsung dengan aktiviti seperti ini insaflah dan kembalilah kepada jalan yang benar jalan yang dirahmati oleh Allah. Pintu taubat masih terbuka luas dan sewajarnya perkara-perkara seperti ini dihindari kerana ianya tidak menguntungkan kerana kesedapan yang dinikmati adalah sesaat tetapi penyesalannya adalah seumur hidup. Walaupun mungkin seseorang itu boleh lepas daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang kerana aktiviti-aktiviti agak sukar dikesan oleh pihak berkuatkuasa agama kerana mereka ini dilaporkan oleh media menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi pandangan mata orang ramai dengan melakukan pelbagai jenis penyamaran yang memungkinkan kegiatan mereka ini tidak dapat dihidu oleh orang sekeliling atau pihak berkuasa. Namun begitu ingatlah bahawa Allah maha melihat dan mengetahui perbuatan hamba-hambanya.